Saturday 15 October 2011

Menurunkan Berat Badan Dengan Berjalan Kaki


Takut berat badan naik selepas makan banyak jangan risau..sekiranya kita mengamalkan cara hidup sihat..kita tidak perlu kuatir dengan masalah berat badan ataupun takut mendapat penyakit..kalau anda semua nak tahu jalan kaki juga satu cara senaman yang mudah kita amalkan setiap hari.

Menurut Richard Weil, doktor kesihatan di Amerika Syarikat, beliau menyatakan senaman ringan seperti berjalan dapat membantu menurunkan berat badan sebanyak 7% setiap minggu, jika ia dilakukan secara konsisten.

Dalam kajian beliau juga, Richard Weil mendapati dengan meluangkan masa untuk berjalan dan mengeluarkan peluh daripada tubuh badan, kita akan dapat mengurangkan potensi untuk menghidap penyakit badan yang memudaratkan, seperti diabetes sebanyak 58%. Ini merupakan peratusan yang tinggi, jika dibandingkan dengan aktiviti yang mudah untuk dilakukan setiap hari.

Berjalan Kaki Dapat Menguatkan Jantung Kita

Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Nurse’s Health Study, golongan wanita yang berjalan sekurang-kurangnya 3 jam atau lebih setiap minggu, dapat mengurangkan risiko untuk menghidap sakit jantung sebanyak 35%.